10 May 2017

Cara Bayar PTPTN guna JomPAY Maybank

Assalamualaikum.

Meh harini J nak share cara bayar PTPTN guna JomPAY. Untuk makluman, mulai 1 Mei 2017, pembayaran semula pinjaman PTPTN secara tunai di kaunter PTPTN dah ditamatkan. So peminjam perlu membayar semula pinjaman melalui kad debit di kaunter atau pon secara online.

Oleh sebab sekarang ni semua teknologi dihujung jari, so J pon nak share cara bayar PTPTN guna JomPay di Maybank2U. JomPAY ni percuma ye. Tak ada cas tambahan yang 50sen atau RM1.60 tu. 

1. Pastikan korang ada akaun Maybank dan dah bukak akaun Maybank2u.

2. Search portal PTPTN, atau pon klik je  << SINI >>

3. Cari logo JomPAY kat portal tu. Boleh tengok kat gambar bawah ni. Yang J petakkan gune petak biru tu la. Click logo tu.

4. Next page akan keluar page dia suruh log in. Masukkan no IC anda. dan tekan CARI.

5. Tadaa. Ok, Keluar page baru yang tertera No ic, jenis pinjaman anda dan juga yang kita perlukan ialah nombor biller dan ref. yang kat kotak kanan tu. Ref 2 tu biasanya yang tengah2 tu adalah no IC anda. Ok, copy dan simpankan Biller Code dan juga Ref 1 di tempat yang selamat.

6. Sekarang pi bukak Maybank2u. Atau meh klik << SINI >> .Login macam biasa. Lepas tu klik Accounts & Banking. Yang 1st sekali tu.

7. Pastikan baki anda mencukupi untuk bayar hutang. Lepas tu klik Bill Payment kat kiri tu.

8. Next page akan keluar macam kat gambar bawah ni. Cari JomPAY dan klik.

9. Klik Make a One-Off Payment. Jangan tanya ape beza dengan yang sebelah tu ye. J tak tauuu. J bayar bil gune yang one-off je.

10. Ok, Final step, masukkan jumlah yang korang nak bayar kat amaunt. Biller Code tu masukkan yang kita dapat kat step no 5. Ref pon sama. Ref 2 tu tulis je nombor talifon korang. Lepas tu tick petak comel bawah tu dan continue. Ha, yang lepas tu macam biasa, kene request for TAC number yang dia akan send ke telefon anda sebagai SMS. Masukkan no TAC yang dibagi dan tekan continue lagi. Dan selesaiii ! Jangan lupa simpan resit ye.


Ha, settle dah kan? Nak tau bank-bank lain yang ada khidmat JomPAY ni? Tengok bawah. Tapi mungkin step untuk setiap bank adalah berbeza. Ok, sekian sahaja. Korang dah baca ni, jangan lupa share info ni dengang kengkawan ye. Benda baik, kenalah disebarkan, ye dak??






04 April 2017

Cyclez Cafe, Wetex Parade Muar

Assalamualaikum and good evening.

Sekarang ni kan tengah berlambak-lambak kafe hipster muncul kat Malaysia. Kat Muar pon tak terkecuali. I have been to many western cafes kat Muar ni. Tapi untuk hari ni, J nak share pasal Cyclez Cafe.

Apa yang uniknya, cafe ni macam nama dia, bertemakan konsep basikal. Kat depan cafe je dah ada dekorasi basikal. kat dalam pon ada satu ruang pameran. Difahamkan juga, kafe ni turut menjual peralatan-peralatan berbasikal. Tapi bukan basikal biasa la, ada jenisnya.

Berkenaan dengan makanan, menu kegemaran J adalah spaghetti white sauce ataupun senang cakap, spaghetti carbonara. OMG. memang sedap dengan gravy yang pekat dan jugak banyak. So takdelah spaghetti tu kering je. Nak lalu kat tekak pon payah. Gravy dia pon sedap.

Next favourite menu adalah chicken chop dia. Ha, memang generous la chicken chop dia. Penuh satu pinggang dengan salad, fries lagi. Berbaloi-baloi kalau perut tengah lapar. Biasa J pergi sorang je kalau craving dengan carbonara dia sebab member lain semua takde kat Muar. And maybe masa J pergi bukan waktu peak hours and orang tak ramai, waktu penyediaanya sangat sekejap.

Tapi kalau datang waktu peak hours and order yang berat sikit macam chicken chop, waktu penyediaannya makan masa sikit la. But don't worry. It is worth waiting for. Ada sekali tu, J singgah lunch kat situ dengan member lepas meeting di PPD, lama jugaklah kami menunggu untuk 2 set chicken chop. Tapi sebab memang peak hours masa tu, so takpe. Kami faham. Dan lepas makan pon, managernya (mungkin supervisor, sorry J tak pasti) datang dan tanya dengan friendly komen kami berkenaan service and makanan kat cafe tu. Dia pon minta maaf sebab masa tu customer tengah ramai, so ambil masa untuk siapkan order. But, its okayh. Normal la. Plus, he himself sanggup turun padang and entertain the customers, sejuk sikit hati. Tambah bintang kat situ ***.

Selain dari makanan western, kafe ni juga ada jual cakes. J suka cake chocolate crepe dia. OMG, memang sedap. Maybe sebab J ni hantu cake kot. And sekarang ni, diorang ada set untuk breakfast and lunch. For dinner tak pasti sebab jarang J masuk Wetex waktu malam. Makanan melayu pon ada jugak tau ! Boleh try semua.

Oleh itu, untuk sesiapa warga Muar atau pun yang datang kat Muar, boleh la pergi Cyclez Cafe kat dalam Wetex Parade tingkat 3, berdepan Sushi King. Dah penat penat lenguh kaki bershopping kat The Store tu, boleh la singgah sekali. Oppss..ni review free ye. Memang J menulis dari hati. Takde bias. Hahahaha. Kalau owner Cyclez Cafe terbaca this post and nak sponsor J makan kat sana boleh roger-roger. Hihihihi

ni diaaa carbonara. Ada satu gambar je. maaf la ye. Nanti J update gambar-gambar lain.



26 March 2017

Tips Berkahwin untuk Orang Johor



1. DAH DECIDE TARIKH BILA NAK NIKAH.

- Atleast 6 bulan sebelum, dah kena buat persediaan untuk siapkan semua borang. Tarikh nikah, boleh dibuat pada hari sama dengan majlis, atau nikah jumaat, majlis sabtu. 



2. HADIR KURSUS KAHWIN.


- Hadir kursus kahwin dengan bayaran RM120 untuk dua hari tak silap. Syarat hadir kursus kahwin, mesti dah siapkan gambar bersongkok (lelaki), Berbaju kurung menutup aurat (Wanita). Biasanya pejabat kadi pun ada anjurkan di kawasan masing masing. Selesai kursus dapat sijil. Guna untuk permohonan nanti. kalau dah hadir lama, kena buat ulangkaji semula tatacara permohonan untuk daftar nikah.


3. LENGKAPKAN PERMOHONAN BARU DI PAUTAN ONLINE.

- Buat permohonan di http://encr.johor.gov.my. Untuk negeri Johor sahaja. Negeri Lain ada juga pakai online, ada juga borang kena ambil di pejabat. Kedua pasangan perlu kemukakan permohonan baru.


4. PRINT BORANG BERKAITAN YANG ADA DALAM PAUTAN ENCR.

- Selepas anda lengkapkan permohonan baru di pautan ENCR tu. Anda boleh muat turun slip permohonan kebenaran nikah, Borang laporan kesihatan (HIV), Senarai semak dokumen, dan borang pengesahan saksi untuk bernikah. Anda dah boleh muat turun atau terus cetak borang borang tu dari pautan web EncrJohor tu. 


5. BUAT PEMERIKSAAN HIV DI POLIKLINIK TERDEKAT.

- Borang yang dah dah di muat turun tu, sila cetak, siap dengan borang HIV Check. Boleh buat 1-3 bulan sebelum nikah. Hanya sah klinik/poli klinik kerajaan tau. Kalau Swasta tak terima.


6. JUMPA KETUA KAMPUNG MUKIM TEMPAT KITA TINGGAL.

- Bagitahu jerr, kita nak nikah, nak surat akuan diri, ketua kampung akan keluarkan borang khas daripada ketua kampung sendiri. siap tandatangan n cop. Maaf, borang ni tiada dalam pautan Encr tau. Kena jumpa ketua kampung/penghulu/pengurus felda.


7. TENTUKAN SIAPA SAKSI BORANG KITA.

- Saksi borang tak semestinya daripada saksi Akad ya.. Saksi borang mesti LELAKI selain adik beradik. Dapatkan tandatangan dan salinan IC kedua saksi borang tersebut.

8. SEDIAKAN SEMUA DOKUMEN SOKONGAN.
- Dokumen sokongan ini termasuk, kad pengenalan, kad pengenalan ayah, ibu, saksi borang (salinan shj), surat akuan status diri (dapat dari ketua kampung/penghulu), surat bermustautin (jika alamat johor, nikah kat KL sbb dduk KL), Sijil kursus Pra-perkahwinan, Sijil nikah Ayah & Ibu (untuk pasangan perempuan), dan banyak lagi. Anda perlu rujuk sendiri di Borang Senarai Semak Dokumen di Pautan ENCR yang anda dah print tadi.

9. BERSEDIA UNTUK DITEMUDUGA.
- Borang dan segala dokumen sokongan itu perlu Submit & buat pembayaran di pejabat Kadi, dan selepas itu anda akan di temuduga.

10. PAKAIAN SEMASA TEMUDUGA.
- Yang lelaki mesti pakai kemeja/baju melayu/ tshirt berkolar dan BERSONGKOK, mana perempuan BAJU MELAYU. Kalau tak kena marah nanti. hehe

11. JAWAB SOALAN TEMUDUGA.
- Pastikan lah, tahu kalimah syahadah beserta maksudnya. Tahu bacaan Al-fatihah sebab memang baca dalam solat, Tahu bacaan Qunut, sebab bacaan dalam solat subuh. Lain-lain kalau tak ingat tu, tak apa. Yang disebutkan tadi kalau tak lepas, kena balik bertalaqi lutut ke lutut dengan imam kawasan. Mana boleh nak nikah mengucap pun tak reti. Sebab perkahwinan bukan sekadar berkahwin jerr, tapi adalah membina zuriat beragama islam tau.

12. SELEPAS LULUS TEMUDUGA, PEJABAT KADI AKAN SERAH FAIL KHAS.
.
- Pejabat kadi akan serahkan fail untuk di serahkan pada imam tempatan lantikan, tempat anda bernikah nanti. Nanti pejabat akan sebut siapa nama imam nanti. Tugas kita, serahkan semua fail tu kepada tok imam. Tok imam yang nikahkan kita tau. Jangan tersalah tok imam. Sebab nama imam ada tertera di fail.


13. BAYARAN UPAH IMAM DAN SAKSI AKAD NIKAH.

- Kita siapkan siap siap dalam sampul. Biasa bayaran upah ini pejabat kadi akan maklumkan berapa. Kalau tak tahu, tanya imam. 1 sampul untuk imam, dua sampul untuk saksi.😊😊

14. PRAKTIS LAFAZ AKAD.
- Kena ulang ulang, takut nervous kan. Praktik sebulan sebelum. Hari hari sebut. Dan doa agar dipermudahkan Allah. Lafaz Akad, "..Aku terima Nikah.........(Nama Penuh Pasangan Perempuan).. Dengan mas kahwin RM22.50 Tunai.."

kredit : Viral Media Johor FB