29 September 2012

5 Things Lead to .........


1. Cemburu Buta

Lelaki dan perempuan dua-dua ada masalah ni. TAPI, cemburu orang perempuan mungkin tak seteruk orang lelaki. Bukti ? Pernah ke korang tengok orang perempuan kalau cemburu dia belasah lelaki ? Takde kot. Tapi, orang lelaki kalau cemburu siap tampar-menampar, baling helmet, maki hamun tak payah cakap la. Memang ayat power la yang keluar. Aku pernah nampak k, sebab tu aku tahu..=D Cemburu tanda sayang ? Fikirkan kembali. Jangan sampai kerana cemburu nyawa melayang.


2. Emotionless

Ni pun problem jugak. Hati kayu. Awek cakap nak pi terjun lombong pun dia cakap 'OK'. Pakwe cakap nak lompat dari KLCC pun dia cakap 'OK'. So, confirm la awek or pakwe ni terkecil hati. Rasa macam tak dihargai. Bila cakap benda yang sama dengan member, punyalah kena ceramah bagai. Sekali cakap dengan kekasih hati, 'OK' je yang dijawab. Silap-silap memang betul ada yang terjun lombong, lompat dari KLCC.


3. Kurang Komunikasi

Lack of communication. Sibuk kerja or study bukan alasan. Bukanlah nak suruh mesej 24/7 non-stop nanti boring pulak. Apa salahnya call 2 hari sekali. Setakat 5 minit tak ada masalah kot. Mesej and call memberikan impak yang berbeza yee. Bayangkan member yang berlainan jantina boleh call seminggu 2 kali semata-mata nak tanya khabar. Awek or Pakwe call sebulan sekali. Silap-silap boleh berubah hati. Even mesej tiap-tiap hari.



4. Lupa Tarikh Penting

Eh, bila birthday dia ? Bila anniversary couple ?*ok ni over Haaa... tak ingat? Aku pun ! Hahahahhaha Tak pe, FB kan ada. Kan nanti dia keluar notification kat sebelah kanan tu. Korang pun fikir macam ni? Jangan la macam tu, simpan la tarikh birthday dia dalam reminder hp. Kan hp masing-masing dah canggih-manggih. Seriously, we always hope our special one will be our 1st wisher ! And, 1st wisher tu akan kita ingat sampai ke tahun seterusnya.


5. Statement Kurang Jelas

Senang cerita, ayat berbelit. Macam dari Johor nak pi Melaka tapi siap lalu terowong Menora =.='  Okay, tu over. Mungkin orang yang guna ayat berbelit ni nak meluahkan apa yang tak puas hati. Mungkin jugak nak tegur awek or pakwe tapi tak reti guna ayat jelas. Bila statement ni kurang jelas, kabur-kabur gitu maka terjadilah salah faham. Gaduh pulak. Selalu terjadi kat Facebook and Twitter la. Update status saja bagi orang sana terasa. Konon-konon nak unmensi la, Cewaahhh...



Dan, jika perkara-perkara diatas berlaku secara berterusan maka, dua kemungkinan akan berlaku. Samaada terus couple tapi dalam keadaan yang kurang selesa atau berpisah. Conclusionnya, tak payah sibuk-sibuk nak couple. Hahahahha #Unstable mood

4 comments:

  1. emotionless itu aku terasa even takde pakwe. hahaha. heartless

    ReplyDelete
  2. Salaam Sister Siti Su'aidah Ali .... It's Muhammad Mahdi in Atlanta.
    I hope that you are in the very BEST of health.

    I've seen some of your posts on Facebook.
    I think we should connect.

    I'd like to find out about the projects that you have energy behind.

    There are some great projects that I would like to share with you.
    I think you may find them fascinating.

    Please come to our new Facebook Group and request to join.
    Global Blogging Alliance
    https://www.facebook.com/groups/159464910844350/members

    I'll listen for your reply.
    ~mahdi~

    http://mentorwithmahdi.com

    ReplyDelete