07 December 2012

Tutorial : Bunga Stokin

Assalamualaikum..
 Tadaaaaaaa...okay, tetibe mood nak buat tutorial and this is my first tutorial ever !! Excited ya disitu . =D

Korang tahu tak bunga stokin tu ape? Ni contoh yang aku dah buat.


Haa..jangan berani-berani cakap tal lawa. Dushh kang !
Okay. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :
~stokin
~dawai halus
~gunting
~benang
~reben
~acuan yang BULAT (botol,cawan or apa-apa yang korang ada)
stokin and dawai tu korang boleh dapatkan kat kedai kraftangan or kedai jual barang-barang orang nak kahwin ( bukan kedai mak andam yee).


Langkah-langkahnya :
1. Ambil dawai dan ikat pada acuan. Potong lebihan dawai. Bentukkan dawai mengikut kehendak korang.
Ni hasil selepas ikat kat acuan. Bentuk depends pada korang. Aku buat bulat je =)

2. Masukkan dawai kedalam stokin. Tarik stokin sehingga tegang. Kemaskan bahagian bawah stokin dan ikatkan dengan benang. Lepas dah ikat tu, boleh potong lebihan stokin. Ingat, jangan membazir.


4. Buat banyak-banyak kelopak. Bilangan depends pada kehendak korang.

5. Untuk jadikan dia sekuntum bunga, ikat satu demi satu kelopak tu. Tindihkan antara satu sama lain dan pastikan ianya kemas, lawa dann seimbang. Tak nak senget benget. Yang bahagian tengah tu, korang boleh letak apa-apa je ikut suka korang. Macam aku, aku letak lebihan stokin yang dah dibonjotkan dan diikat kemas.

Siap lapis pertama bunga. Aku buat 3 kelopak je dulu. Lapisan tu depends pada korang nak buat berapa. Aku buat 3 lapis. Untuk lapis kedua dan seterusnya pun sama. Susun dan tindih kelopak bunga tu dengan kemas.
Ni hasilnya yang aku buat. Okay. dah siap semua tu, korang kemaskan bahagian bawah bunya. Make sure takde benang or lebihan stokin yang serabai kat bawah. Lepas tu, korang boleh la lilit bahagian bawah tu dengan reben or pita pelekat yang kaley-kaler tu. Ala, macam yg selalu ada kat batang bunga telur tu. Kalau nak lawa lagi, boleh letak glitter kt kelopak bunga tu. Kasi dia sparkling2 sikit.

Bunga ni korang boleh buat untuk hiasa rumah ke, bunga telur orang nak kahwin ke, bunga untuk orang convocation ke, or what so ever la. Sebab ada orang tak suka bunga hidup, dia kata tak tahan lama. So, bagi la bunga mati. Hehehehe. Nanti aku ajar buat bunga stokin yang kecik-kecik comel-comel pulak.
So, harapnya korang faham la apa yang aku membebel ni. Kalau tak faham boleh tanya.



No comments:

Post a Comment