04 April 2017

Cyclez Cafe, Wetex Parade Muar

Assalamualaikum and good evening.

Sekarang ni kan tengah berlambak-lambak kafe hipster muncul kat Malaysia. Kat Muar pon tak terkecuali. I have been to many western cafes kat Muar ni. Tapi untuk hari ni, J nak share pasal Cyclez Cafe.

Apa yang uniknya, cafe ni macam nama dia, bertemakan konsep basikal. Kat depan cafe je dah ada dekorasi basikal. kat dalam pon ada satu ruang pameran. Difahamkan juga, kafe ni turut menjual peralatan-peralatan berbasikal. Tapi bukan basikal biasa la, ada jenisnya.

Berkenaan dengan makanan, menu kegemaran J adalah spaghetti white sauce ataupun senang cakap, spaghetti carbonara. OMG. memang sedap dengan gravy yang pekat dan jugak banyak. So takdelah spaghetti tu kering je. Nak lalu kat tekak pon payah. Gravy dia pon sedap.

Next favourite menu adalah chicken chop dia. Ha, memang generous la chicken chop dia. Penuh satu pinggang dengan salad, fries lagi. Berbaloi-baloi kalau perut tengah lapar. Biasa J pergi sorang je kalau craving dengan carbonara dia sebab member lain semua takde kat Muar. And maybe masa J pergi bukan waktu peak hours and orang tak ramai, waktu penyediaanya sangat sekejap.

Tapi kalau datang waktu peak hours and order yang berat sikit macam chicken chop, waktu penyediaannya makan masa sikit la. But don't worry. It is worth waiting for. Ada sekali tu, J singgah lunch kat situ dengan member lepas meeting di PPD, lama jugaklah kami menunggu untuk 2 set chicken chop. Tapi sebab memang peak hours masa tu, so takpe. Kami faham. Dan lepas makan pon, managernya (mungkin supervisor, sorry J tak pasti) datang dan tanya dengan friendly komen kami berkenaan service and makanan kat cafe tu. Dia pon minta maaf sebab masa tu customer tengah ramai, so ambil masa untuk siapkan order. But, its okayh. Normal la. Plus, he himself sanggup turun padang and entertain the customers, sejuk sikit hati. Tambah bintang kat situ ***.

Selain dari makanan western, kafe ni juga ada jual cakes. J suka cake chocolate crepe dia. OMG, memang sedap. Maybe sebab J ni hantu cake kot. And sekarang ni, diorang ada set untuk breakfast and lunch. For dinner tak pasti sebab jarang J masuk Wetex waktu malam. Makanan melayu pon ada jugak tau ! Boleh try semua.

Oleh itu, untuk sesiapa warga Muar atau pun yang datang kat Muar, boleh la pergi Cyclez Cafe kat dalam Wetex Parade tingkat 3, berdepan Sushi King. Dah penat penat lenguh kaki bershopping kat The Store tu, boleh la singgah sekali. Oppss..ni review free ye. Memang J menulis dari hati. Takde bias. Hahahaha. Kalau owner Cyclez Cafe terbaca this post and nak sponsor J makan kat sana boleh roger-roger. Hihihihi

ni diaaa carbonara. Ada satu gambar je. maaf la ye. Nanti J update gambar-gambar lain.



No comments:

Post a Comment